10 Zulhijjah 1434 (15hb October 2013)..sedikit perkongsian sempena Aidiladha..moga bermanfaat suatu hari nanti..Insyaallah
Sabda Rasullah SAW (maksudnya): "Wahai
manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala daripada Allah
dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke
bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza
Wajalla." (Hadith riwayat Thabrani)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda (maksudnya): "Tidak
ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang
lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih haiwan
qurban). Sesungguhnya haiwan qurban itu akan datang pada Hari Qiamat
nanti lengkap dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya.
Dan sesungguhnya darah haiwan qurban itu mengambil tempat yang mulia di
sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu
laksanakan qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Sekian~ ^^
No comments:
Post a Comment